Kekalutan dan kesibukan sendiri kini telah memasuki babak baru. Sejak mula terpaksa menguruskan sekumpulan manusia terpelajar yang melebihi lima puluh orang pelbagai detik-detik sibuk yang terpaksa dilalui. Fasa ini adalah fasa ujian yang baru. Saya cuba untuk melihat fasa ini dengan adil dan berani.
Adil dari segi mentakrifkan apa yang dilalui sebagai realiti. Realiti sebenar yang perlu dilalui tanpa perlu untuk lari dari realiti itu.
Jika yang datang itu anak-anak yang mengadu hal yang kecil-kecil dan remeh temeh. Terimalah realiti yang kecil-kecil dan remeh temeh itu. Itulah realiti pengaduan anak-anak yang sedang meniti kehidupan.Anak-anak kecil memang begitu sifatnya. Dan sedarlah ketika kita masih kecil-kecil dahulupun begitu, yang kecil-kecil dan remeh temeh itu sungguh besar dan memeningkan pada masa itu.
Jika yang mengadu itu yang besar-besar dan yang diadukan itu yang kecil-kecil dan remeh temeh. Terima jugalah realiti itu. Sebab masih ada yang besar-besar masih berbelit-belit dengan benda kecil dan remeh temeh. Jangan di pandang negatif mereka. Memang mereka dalam lingkungan benda kecil dan remeh temeh itu. Hadapailah mereka dengan cara benda-benda kecil dan remeh-temeh itu. Dengan mengajak mereka berfikir untuk membandingkan satu benda lain yang juga kecil dan remeh temeh yang biasa mereka temui dan hadapi, menjadikan masalah kecil yang remeh temeh yang ditanya tadi mereka senang fahami dan tahu menghadapinya.
Bila yang mengadu itu yang besar-besar dan perkara yang diadukan itu yang besar-besar juga. Hadapilah pengadu itu dengan tenang dan membawa benda yang besar itu kepada lebih sederhana. Agar kita dan dia sedar bahawa yang besar jika di tangani dengan sederhana dan tenang, ia dapat dijinakkan dengan tenang dan sabar.
Hadapi dengan menyelesaikan secara bertemu muka. Bertemu muka dengan dapat melihat segala mimik, gerak badan dan intonasi ucapan dapat meredakan yang besar-besar kepada lebih sederhana dan sabar.
Komunikasi elektronik dan atas talian tidak dapat menyampaikan mimik, gerak badan dan intonasi. Ayat-ayat yang sama akan ditafsirkan lain bila mimik, gerak badan dan intonasi tidak dilihat. Bertemu mukalah dengan senyum, sabar.dan berani. Beranilah, jangan lari!
Wednesday, 5 March 2014
Thursday, 11 April 2013
Berani Tanpa Segan DKL
Pagi tadi selepas subuh saya mengambil sebuah buku yang dah beli lama tapi belumdi baca, iaitu buku 'Berani Tanpa Segan, oleh Tan Sri Abdullah Ahmad atau juga dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL), terbitan Alaf 21 milik Kumpulan Karangkraf. Buku ini merupakan kumpulan tulisan DKL dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian.
Secara jujur saya tidak membeli akhbar tiap-tiap hari sejak pertengahan 2008 lagi tidak sepertimana tahun-tahun sebelum itu dan akhbar Sinar Harian dipilih-pilih mengikut tajuk apa pada hari itu. Akibatnya kolum DKL saya jarang baca. Tetapi saya telah kenali beliau sejak 80an terutama tentang cerita beliau di tahan dibawah ISA di zaman pemerintahan Tun Hussien Onn, tentang beliau sebagai orang kanan Tun Razak dan cerita-cerita selanjutnya.
Saya tidak berhajat untuk mengulas sejarah beliau. Yang mendorong saya untuk menulis hari ini disini ialah setelah saya membaca prakata buku Berani Tanpa Segan setelah membaca prakata buku ini yang ditulis oleh Datuk Abd Jalil Ali (AJA), Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf dan juga kolum penghargaan oleh DKL sendiri dan bab pertama yang bertajuk Isu Pokok Pendidikan, Bukan Bahasa.
Dalam prakata Datuk AJA mengulas tentang latar belakang DKL dan ketokohannya dan contoh-contoh dari tulisan DKL yang menunjukkan DKL seorang yang menulis '...apa yang dirasakan perlu, tanpa takut, tanpa selindung, tanpa segan dan ragu (p.3)'.
Malah yang mendorong saya untuk membeli buku inipun kerana tajuknya "Berani Tanpa Segan".
Manakala di kolum penghargaannya DKL menuliskan secara detail semua nama-nama mereka yang membantu menjadikan buku ini berjaya diterbitkan bukan hanya kepada editor-editornya tetapi juga kepada semua nama mereka yang menaip dan yang telah menyalin semula tulisan tangannya seperti kata beliau;
'....Penolong Editor Rencana Sinar Harian yang begitu tekun menyunting dan ada ketikanya menaip salinan asal tulisan tangan saya yang buruk. Saya juga berterima kasih kepada Zaila Mohamed Ali dan Teh Rogayah yang berfungsi demikian sebelum Darina dan Fouziah......(juga) kepada Zuby (Zubaidah Hamzah), pembantu sambilan saya yang menaip semula tulisan tangan saya sebelum diemel ke Sinar Harian (p.7).'
Apa yang DKL tulis dalam penghargaan ini mengingatkan saya tentang sangat wajarnya nama mereka yang benar-benar menjayakan sesuatu kerja itu diucapkan terima kasihnya, tentunya mereka yang dibawah, bukan hanya menyebut nama-nama besar yang berjawatan yang perlu diterima kasihkan.
Keduanya DKL telah menunjukkan proses penulisan beliau, beliau menulis dengan tulisan tangan dahulu sebelum ditaip oleh pembantu beliau di komputer dan diemelkan. Ini bermakna DKL menulis dimana-mana tanpa perlu ada PC atau apa-apa alat teknologi sekarang. Dan untuk menjayakannya menjadi tulisan yang lengkap boleh sampai ke meja editor, memerlukan seorang pembantu yang menguruskan proses tersebut.
Selanjutnya dari bab pertama tulisan DKL ini memberi saya idea untuk mencari jawaban secara detail dan berfakta, mengapakah bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tidak mendapat tempat dan tidak berperanan sepenuhnya dalam negara sebagaimana Bahasa Thai, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain didunia.
Bagi saya contoh-contoh yang diberikan oleh DKL seperti orang bercakap rojak, pemimpin Melayu yang sepatutnya memberikan contoh, juga sama, tidak memberikan contoh, malah seperti di kutip oleh AJA,
'...dalam soal menegakkan dan memertabatkan Bahasa Melayu, DKL membidas sikap hipokrit sesetengah pemimpin kita. Tulis DKL: "Mereka (setengah golongan pemimpin Melayu dan nasionalis bahasa) cakap penuh semangat supaya bahasa tersebut diamalkan sejak peringkat kanak-kanak, tetapi mereka sendiri menghantar anak belajar di England, Australia, Amerika sejak peringkat rendah, kalau di Malaysia dihantar pula ke sekolah antarabangsa sehingga cakap Melayu pun pelat."
adalah merupakan 'AKIBAT' yang ada 'SEBAB'nya.
Juga contoh yang diberikan tentang orang kita di peringkat antarabangsa pun macam kekok dan berkumpul sesama sendiri atau bersendirian, juga merupakan Akibat dari sesuatu yang kuat tertanam dalam diri orang Melayu yang menjadikan orang Melayu berperangai begitu.
Saya berharap saya berjaya untuk menjalankan sedikit penyelidikan secara kualitative untuk menghuraikan sebab-sebab yang menjadikan orang kita jadi begini.

Tuesday, 2 April 2013
Kembali untuk membina keberanian!
Setelah membuka kembali cerita-cerita lama dari pc lama yang masih kuat dan boleh digunakan, maka terdetik semula untuk kembali meneruskan catitan-catitan baru.
Memang sangat-sangat lama tidak terjun ke medan catitan kespontanan ini. Dulu ketika aktif, kespontanan yang dipegang. Kespontanan dan catitan rakaman sejarah persendirian dianggap penting. Maka berhujahlah kita dengan macam-macam hujah untuk mengatakan catitan kespontanan itu adalah rakaman semasa.
Rakaman yang jika ikhlas niatnya ia membawa kepada amal yang makruf. Ia boleh menjadi sumbangan ilmu yang manfaat. Tetapi sesuatu pekerjaaan itu memerlukan istiqamah. Sebab itu pesanan biar sedikit tetapi istiqamah adalah jauh lebih baik daripada buat banyak tetapi bermusim.
Apapun diharap kembali semula ke arena ini diharap dapat memberi sumbangan seadanya. Tentang rakaman semasa, tentang ilham dan kata-kata, tentang lintasan fikiran dan diharap ia datang dari apa yang terfikir seadanya. Tanpa perlu persediaan, tanpa perlu bertaja.
Setelah lima tahun berpegang kepada kata-kata semangat 'jangan takut', maka saya cuba untuk mengotakan kata semangat 'jangan takut' itu.
Malah saya telah mencubanya selama lima tahun ini kepada banyak kumpulan pelajar, dari peringkat pelajar sekolah peringkat SPM, pelajar diploma, pelajar sarjana muda, pelajar sarjana, pelajar doktor falsafah dan mereka yang bekerja. Jawaban yang saya terima masih sama.
Yang menghalang kita untuk berbuat sesuatu ialah kerana halangan 'takut'.
Takut kepada siapa? takut kepada orang lain.
Takut kepada tanggapan orang lain yang dijangkakan akan memberi tanggapan negatif kepada diri kita.
Ya saya cuba untuk lari dari itu dan membina keberanian!

Monday, 7 April 2008
Friday, 7 September 2007
Malu, malu..
Saya sedang mencari makna-makna malu dalam seluruh kehidupan orang Melayu.Ada berapa banyak keadaan malu?
Malu makan banyak dalam majlis
Malu bercakap di depan orang
Malu pakai kereta Kancil sebab dulu pakai kereta Honda
Malu.....

Tuesday, 28 August 2007
Awak pandai sangat bercakap, awak buatlah!
Dalam satu perbincangan dengan rakan-rakan di satu majlis yang membincangkan suatu perkara, masing-masing seperti takut-takut untuk mengeluarkan pendapat. Rasa takut itu bukan kerana kebimbangan pendapat itu salah atau tidak, tetapi dibimbangkan akan disuruh untuk membuat kerja atas perkara yang telah disarankannya tadi.
Ini kerana setelah sesuatu perbincangan itu tamat, rumusan selepas perbincangan itu ialah apa yang mesti dibuat selepas itu dan siapa yang harus bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
Yang sering mendapat perhatian ialah siapa yang paling banyak bercakap dan memberikan pelbagai cadangan semasa perbincangan tadi. Ada pula yang mula menggunakan dalil bahawa Tuhan amat membenci mereka yang banyak bercakap tetapi tidak membuatnya.
Apabila tiba kepada siapa yang akan mengetuai aktiviti tindakan selanjutnya, masing-masing mula menuding jari kepada sipolan yang paling aktif memberikan cadangan.
Kerana takutkan dituduh hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu membuat, maka perbincangan yang baik dan mengeluarkan pendapat yang bernas jadi terbantut.
Masing-masing mula mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan tidak mahu kelihatan terlalu aktif memberikan pendapat takut nanti dibebankan dengan tugas.
Cara berfikir dan bertindak yang sering sangat kita amalkan ini membebankan orang yang kreatif dengan tugasan semata-mata kerana menjadi balasan kerana terlalu pandai bercakap seharusnya ditukar.
Semasa perbincangan dan percambahan idea, segarkanlah dan berikan semua pihak bebas mengeluarkan pendapat. Biar keluar semua idea-idea yang bernas. Biar tumbuh pelbagai idea yang baik. Idea yang baik datang dari pelbagai pihak. Jangan disekat pengeluaran idea yang baik dengan 'bentuk balasan padan muka kerana banyak bercakap jadi kene buat kerja'.
Untuk melahirakan rasa bebas menegeluarkan idea yang baik dan berkembang dari awal lagi mesti di sarankan bahawa perbincangan ini adalah menggalakkan kelahiran idea-idea yang hebat. Ia mesti disebut di awal-awal lagi dan diulang-ulangkan.
Selaps itu semua idea yang baik itu barulah dikumpulkan. Dan ketika bagaimana ia harus di laksanakan barulah mengkaji bagaimana perlaksanaan yang paling baik untuk ia dapat dibuat.
Malah sering berlaku pihak yang asalnya bertanggungjawab dengan tugasan itu tidak mempunyai idea dan pendapat yang baik, tetapi pendapat yang baik mungkin boleh datang dari pihak luar yang tidak dipertanggungjawabkan untuk memikul tugasan tersebut.
Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab mengucapkan terima kasih kepada idea yang bernas, bukan mengeluarkan ancaman, 'awak pandai sangat bercakap, awak buatlah'.

Monday, 20 August 2007
Hujung minggu lalu kami menjemput ke rumah rakan yang akan pulang ke Surabaya. Beliau sekeluarga adalah rakyat Indonesia yang berbangsa Tionghua. Sebelum ini perhubungan saya dengan beliau hanya bertegur sapa dan tidak pernah berbual panjang kerana saya tidak di jabatan yang sama.
Kesediaan beliau berkunjung ke rumah saya itu saya sambut dengan sedikit acara makan-makan. Pertemuan itu juga membolehkan kami berbual panjang dengannya dengan bertutur dalam bahasa Melayu, Indonesia, Jawa dan Inggeris. Ini kerana seorang rakan dari Syria turut hadir sama. Kerana tiada siapa yang boleh bertutur Arab dengan rakan Syria itu,maka bahasa Inggeris digunakan.
Pada permulaannya bertutur dengan rakan Indonesia itupun tidak dapat dilakukan sepenuhnya dalam Melayu Malaysia kerana kononnya takut mesej tidak sampai. Dan begitu juga dengan beliau tidak menuturkan dalam bahasa Indonesia sepenuhnya. Saya tidak tahu apa alasanya. Tetapi sebenarnya itu hanya anggapan sahaja, kerana pada hakikatnya hanya sedikit sangat perbezaannya.
Yang terkeluar dari perbualan panjang itu juga perbezaan nilai dan sikap beberapa kaum atau bangsa di Indonesia. Dan yang ketara walauapun beliau berketurunan Tinghua, tetapi ia langsung tidak tercermin dari sikap dan perbualannya. Yang terjelma ialah bangsa Indenesianya, etnik Jawanya. Malah sikap rendah diri bangsa Jawa itu sungguh terjelma malah ia menjadi tajuk bualan utama.
Dalam perbualan yang bercampur-campur itu, kerana menghormati rakan Syria itu, yang terjumpa sedikit perbezaan makna ialah pada perkataan 'budak-budak'. Katanya, 'budak' dalam konteks Indonesia ialah 'hamba', sedangkan kita menggunkan 'budak-budak' adalah panggilan untuk 'anak' atau 'kanak-kanak'.

Subscribe to:
Posts (Atom)