Tuesday 19 June 2007

Kalau politik itu segalanya, belajarlah dari sekolah rendah lagi!

Dalam masyarakat kita semua perkara dibincangkan dan dibicarakan dalamperspektif politik, aliran politik dan parti politik. Seolah-olah semua benda dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara dicakapkan dengan politik.

Perbincangan hari-harian dari kedai kopi di kampung, sampailah ke restoran besar di kota-kota bercerita tentang politik. Politik seolah segala-galanya. Bincang pasal pelajaran atau pendidikan juga ikut acuan politik, cerita pasal banjir juga ikut cara politik, main bola dan segala sukan juga ikut politik, dalam kampus di kalangan pensyarah dan profesor juga percaturan politik.

Sepatutnya kalau pelajaran dan pendidikan biarlah orang orang yang pakar pelajaran dan pendidikan yang cerita. Kalau pasal banjir biarlah pakar kajian banjir, alam sekitar, parit dan saliran yang sebut. Kalau pasal sukan biarlah pakar dan ahli sukan yang sebut. Ini tidak, habis semua orang politik yang nak sebut.

Disebabkan ahli politik terlalu banyak kerja dan jawatan dan dapat duit banyak, maka berebut-rebutlah yang nak jadi ahli politik.

Kalau macam itu lebih baik dari sekolah rendah dan ada mata pelajaran politik dan ada aliran politik. Jadi jika yang belajar sampai darjah enampun paling kurang dia ada dah belajar cara berpolitik lepasan darjah enam. Kalau yang belajar sampai PMR dapatlah dia ilmu politik sampai PMR, begitu juga lepasan SPM, STP atau universiti.
Biar mereka itu pandai sikit dan tahu bidang tugas masing-masing. Tidaklah duduk sibuk nak campur urusan bidang orang lain!

5 comments:

Anonymous said...

Sahabat, inilah kerosakan besar yg sedang berlaku di dalam kelompok Malaya ini sekarang bilamana ahli dalam sesuatu bidang terpinggir oleh keputusan ahli politik yang dimotivasikan oleh wang dan segelintir banjingan banjingan tengek. Kerosakan ini untuk membuat keadaan bertambah malang, ia berlanjutan ke generasi akan datang, sedih.

denai said...

tak tahulah macamana kita. kita orang kebanyakan dan juga orang-orang tidak kebanyakan tahu masalah yang kita hadapi yang melingkari leher kita dijerut perlahan-lahan dengan pelbagai kesempitan duit untuk membeli perkara-perkara asaspun tetapi nampaknya kene membawa ringgit guni demi guni kerana harganya makin naik kerana yang menjual dan mengilangnya telah menanam saham melabur dalam tabung parti demi menjamin kelangsungan pemerintahan yang ada, barang dinaikkan supaya duit yang mereka telah laburkan dalam tabung itu dapat balik dengan keuntungan berlipat ganda pula dan politikus yamg memerlukan kelangsungan kuasa itu tersenyum meleret kerana telah menjadi pengerusi syarikat bhd milik pemilik tongkang. aku tak tahu yang salah tongkangkah atau tikus?

Ahmad Belia said...

dah memang kerja orang politik untuk bercakap...

abdullahjones said...

maroh. :)

abdullahjones said...

bro, mulai rabu ni, kawan hilang. jaga diri awok. ada rejeki kita jumpa lagi sini. kalau dengor-dengor kawan meninggal, kirim doa untuk kawan weh. :)

kirim salam pada lope.