Monday 11 June 2007

Rakaman wajah-wajah kotor dan sesak London

Saya sempat bermalam di Barking, satu tempat di kawasan timur bandar London. Sebelum ini saya hanya berkenderaan di jalan raya utamanya, tetapi tidak pernah singgah. Tidak banyak yang saya tahu jika sekadar melihat kawasan sekeliling ketika dalam kenderaan.

Tetapi apabila bermalam di situ dan berjalan kaki di sekelilingnya, maka baru saya sedar sukarnya untuk saya berjumpa orang Inggeris berkulit putih. Yang saya lihat hampir ke semuanya berkulit gelap. Baik berambut kerinting atau lurus hampir semuanya tiada yang berwarna putih.

Kalau adapun yang berkulit cerah, tetapi mereka tidak bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya hanya meneka pastinya mereka dari Eropah Timur yang rata-rata sekarang ini membanjiri pasaran buruh di United Kingdom. Mereka datang untuk bekerja untuk mendapat duit yang jauh lebih tinggi nilainya dari negara mereka.

Dari kawasan itu saya sempat berkeretapi ke pusat bandar London dan rupanya melalui pelbagai kawasan yang tidak di tonjolkan oleh mana-mana gambar yang saya pernah jumpa.

Yang terfikir oleh saya ialah, sangat perlunya rakaman gambar2 kawasan sesak, susah, kotor yang ada dalam kota London. Jika kawasan sesak itu di ambil gambarnya dan di letakkan bersebelahan dengan kawasan sesak Kampung Baru di Kuala Lumpur, atau kawasan sesak di Jakarta, saya rasa ia mungkin tidak ada jauh bezanya.

Gambaran sesak, kotor dan susah yang ada pada kota London tidak pernah tergambar oleh mana-mana orang Melayu yang belum pernah sampai ke kota ini. Gambaran London di sisi orang di tanahair adalah kota hebat yang penuh dengan kesenangan dan keindahan.

London sebagai kotor, sesak, jijik tidak pernah tergambar oleh kita. Sehingga yang terpahat dalam gambaran kita ialah, yang kotor, sesak, jijik itu adalah imej-imej tempat kita dan identiti kita. Imej-imej yang terakam dalam diri kita bagi kota London ialah kehebatan, kesegakan dan kepopularan dan bagus.

Akibatnya mereka yang ke London dan berada di London adalah kehebatan, kesegakan dan berhiburan. Tetapi tidak sedikit yang berada di London bekerja yang jauh lebih jijik dan kotor dari kerja di tanahair sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

sahabat, London amat gah kerana berpergian ke sana adalah berpergian ke tanah jauh, tempat dulu para general besar berasal. aku dulu juga terbabit menulis namaku dan nama cewek ku di besi penghadang atas jambatan thames yang bercat biru..dulu, entah bagaimana sekarang. Memberi makan burung merpati di Trafalqar Sq dan juga terlibat menjadi sebahagian orang orang bodoh untuk melihat pertukaran pasukan guard di Istana Buckingham.

masih ku ingat sahabat, ada seorang pekerja penggalak pelancungan berbangsa melayu yang bertugas di pejabat pelancungan Melaya tidak betah bercakap denganku atau melayan pertanyaanku, kata Ram kawanku, barangkali dia takut nanti engkau menumpang rumahnya! hahaha...barangkali. Tapi..Ram tidak sabar, dia memanggil perempuan itu dengan panggilan "gadis belacan" akhirnya sebelum kami keluar dan berlari ke arah The Mall, gallery besar dekat taman istana. Aku memarahi Ram.

sahabat,
London adalah kota lama buat para wisata, ia mengalirkan sumpahan raja raja zaman dahulu untuk berperang dengan orang orang dari tanah jauh dan memunggah rempah ratus....itu kata guruku, cikgu Ibrahim Dewi.

ok lah sahabat, utk kau tahu, KL banjir lagi dan coli coli orang2 melayu kg baru dengar kabarnya di seret air hingga ke Masjed India.

denai said...

terima kasih sahabat.

aku tidak cemburu buta pada london, begitu juga paris, atau dublin, keukenhof atau nama-nama lain di barat ini. Tidak juga meletakkan KL, Jakarta sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong dengan nama-nama itu. Cuma biarlah kita berasa duduk sama rendah berdiri sama tinggi dari terus menerus berasa melukut di tepi gantang dan enggang sama enggang pipit sama pipit. Pipit tidak payah malu dengan enggang kerana bila berak kapur ekornya penuh terpalit tahi!