Tuesday 7 August 2007

Bolehkah jam kita dipusing ke belakang?

Ini adalah apa yang saya tulis di blog Pn Ainon Mohd PTS


Dari pengamatan saya yang sedikit, kelihatannya bangsa Eropah tidak menjadikan kereta sebagai lambang. Mungkin kerana pemerintah mereka boleh mempastikan semua lapisan rakyat mereka boleh memiliki sebarang jenis kereta dengan harga yang mampu mereka bayar.

Tukang sapu dan pencuci tandas sebagai pekerja paling rendah dalam status pekerjaanpun boleh memiliki kereta baru dari pelbagai jenama, kerana mereka hanya perlu membayar ansuran sekitar £100 sebulan dari gaji £400 yang mereka dapat.

Malah golongan pertengahan mereka kelihatannya tidak menjadikan kereta sebagai simbol status dan imej.

Sekadar contoh, para pensyarah universiti mereka kelihatannya tidak berlumba-lumba menggunakan kereta Mercedes, berbanding dengan sesetengah dari kita.

Yang lebih mereka pentingkan berapa negara telah mereka lawati.

Jika sistem kita boleh diubah semula, mata wang kita boleh meningkat nilainya (paling kurang Singapura sebagai perbandingan) dan semua orang-orang kebanyakan dapat menikmati nilai wang dari gaji/upah yang diperolehi untuk memenuhi keperluan-keperluan asas termasuk memiliki kenderaan, mungkin nantinya kereta tidak lagi menjadi simbol status, kerana semua orang boleh membeli kereta yang baik.

Kita tidak perlu lagi siang malam memikirkan melakukan kerja lebih masa, di pejabat sibuk menjual kuih, pakaian, ubat-ubatan, alat solek semata-mata untuk mendapat pendapatan tambahan.

Tetapi kesiannya dalam keadaan siang malam sibuk bekerja itupun, kita masih terdengar dari mulut-mulut orang kita juga, bangsa Melayu masih malas dan tidak rajin bekerja, sebab itulah susah.

Tanpa kita sedari terdapat sebahagian dari negara-negara di dunia ini yang pekerja-pekerja mereka tidak melakukan kerja lebih masa, lapan jam sehari bekerja sebagai pemandu bas, tukang kebun, pekerja kilang, kerani dan sebarang bentuk pekerjaan ‘biasa’, boleh memiliki rumah dan berkereta.

.

pekerjaanpun (SALAH) = pekerjaan pun (BETUL)

itupun (SALAH) = itu pun (BETUL)

kesiannya (SALAH) = kasihannya (BETUL)

No comments: