Monday 23 July 2007

Apa lagi yang harus disebut kalau orang kata tempat kita baik?

Sebelum memasuki masjid saya bertemu dengan seorang penyelidik dari Somalia. Beliau berkata dia telah membesar dan menetap di Copenhagen Denmark. Pertanyaannya terhadaap saya ialah, bolehkah beliau bercadang untuk bekerja di Malaysia?.

Tetapi katanya ia bukanlah untuk masa terdekat ini. Ini kerana dia telah mendapat pekerjaan di Copenhagen dan boleh memulakan kerja pada bulan hadapan. Sekiranya beliau dapat menyiapkan kajian penyelidikannya dan dapat dihantar, maka dia akan mula bekerja di sana.

Tetapi minat beliau untuk bekerja di Malaysia dan menetap di sana adalah tinggi. Ini kerana bagi beliau Malaysia adalah negara yang sangat sesuai untuk hidup dan selesa untuk orang Islam.

Saya hanya mampu menyebut dan mengiayakan katanya. Dan sekadar membuat perbandingan kos sara hidup yang jauh lebih rendah dengan nilai mata wang pound sterling.

Apa lagi yang saya harus sebut bila orang berkata tempat kita baik?

1 comment:

Kemat said...

dan kita pula asyik memuja tempat orang lebih baik...