Tuesday 10 July 2007

Jangan sebut lemah lembut tolak ansur dalam business, itu fahamn lama!

Pendapat saya tentang orang Melayu telah mempunyai nilai-nilai yang baik dalam diri mereka yang telah terbentuk lama dan turun temurun dan ia sangat wajar terus dipertahankan dan diamalkan dalam perniagaan.

Sikap tolak ansur, menjaga hati orang lain, tidak agresif, sederhana, berhati-hati dan segala macam nilai-nilai yang kita kata lembut dan tidak kasar itu telah di bantah hebat oleh seorang ahli perniagaan Melayu yang telah berjaya.

Beliau mengatakan itu adalah nilai-nilai Melayu lama yang tidak di amalkan oleh ahli perniagaan Melayu Baru. Nilai-nilai itu katanya sudah tidak sesuai lagi. Nilai orang business adalah nilai lain.
Katanya, janganlah saya jaja konsep tersebut, nanti ditertawakan oleh orang.

Saya menenangkan diri saya dalam perbualan singkat itu. Tetapi yang terdetik dalam fikiran saya ialah, inilah kesan modernisasi, globalisasi, faham kapitalisma dalam perniagaan dan pengaruh teknik pengurusan dari buku-buku dan guru-guru pengurusan barat dari masyarakat individualis.

Sehingga orang Melayu kita sanggup lari dan memandang jijik nilai baik dan tersendiri yang ada pada bangsa kita untuk terus mengikut faham kapitalisma individualistik yang kasar, agresif, saman menyaman, tidak pedulikan siapa. Kerana titik akhir pada mereka ialah ringgit dan sen.

Saya malu kerana bangsa saya masih disesatkan dan terjajah setelah 50 tahun merdeka.

3 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Di PTS, kita bukan hanya berpegang pada nilai-nilai lama, malah kita mengembangkan nilai-nilai itu.

denai said...

Puan, mungkinkah orang kita malu untuk berpegang pada identiti sendiri?

Anonymous said...

Orang Melayu Baru tidak fikir tentang nilai tetapi mereka fikir berapa boleh dapat?

Melayu Lama