Wednesday 4 July 2007

Komentar saya pada tulisan Fathi Aris Omar

Menghidangkan bacaan ideologi liberal kepada masyarakat yang kurang membaca mungkin hanya memerangkap mereka dalam perangkap pemikiran sedang mereka tiada usaha untuk mencari yang lain bagi membuat perbandingan bagi mematikan hujah-hujah yang dibaca itu.

hidangan perbandingan sangat wajar diberikan agar mereka yang gagah berfikir mampu mencari jalan keluar dari perangkap tersebut.

kritikan yang bertalu-talu dan pengulangan berkali-kali terhadap perkara negatif adalah pengiklanan dan pemasaran yang berkesan.

dan

saya bersetuju dengan pembodohan masyarakat yang terancang dan sengaja supaya bangsa yang bodoh akan mudah ditarik ke mana-mana dan di biarkan miskin supaya sentiasa mengharap ehsan dari tangan yang memberi. Kebodohan dan kemiskinan itu akan menjadikan mereka pengikut yang taat setia. Dengan jiwa halus bangsa dan tidak akan membantah kerana nilai hormat yang tinggi pada hiraki menjadikan ia titik-titik lemah bangsa. Mencerdikkan bangsa adalah melepaskan mereka dari cengkaman dan menyuntikkan keberanian untuk lari dari tradisi rasa takut dan durhaka.

No comments: